08 March 2013

Generasi merak


Merak oh merak, setelah sekian lama mencari ramuan yang sesuai, baru sekarang SS jumpa jawapannya. Hampir 90 % anak-anak yang keluar mewarisi patern bapanya. Yang pasti memang memuaskan hati walaupun terpaksa menunggu hampir setahun.
 Inilah antara generasi merak yang masih dalam simpanan SS, yang lain tak tau macam mana jadi. Kebanyakannya telah terjual dalam usia baby. Jual pulak melalui broker, ke mana pergi tak diberitahu.
 Induk yang keluar, kebanyakannya tip top, beberapa ekor induk sedang mengeram setelah dimasukkan dengan bapak sendiri. Hasilnya belum dapat dipastikan. Kita tunggu dan lihat saja, yang pasti setakat ni tak mengecewakan.
 Masalahnya sekarang SS tak pandai nak latih ayam untuk game. Di reban SS tak cukup masa nak main dengan ayam, maklum awal-awal penggal persekolahan ni pelbagai program sukan terpaksa dikendalikan. Selepas tamat merentas desa datang pulak olahraga dan akan disusuli dengan pertandingan permainan. Tak duduk diamlah jawabnya, almaklum s/u sukan.


No comments:

Post a Comment