28 December 2010

;Yang Tinggal'

Hanya sekor ni saja jantan yang tinggal sebagai penghibur di belakang rumah. Itulah, rezeki, ajal dan maut segalanya adalah milikNya. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Selama hampir dua bulan (52 hari) reban ditinggalkan kerana menyahut panggilan Rukun Islam ke lima, semuanya tinggal kenangan. Terpaksalah diusahakan baka baru untuk dibiakkan. Nasib baik ada teman-teman yang perihatin menjual baka mereka sebagai pembaka baru reban SS.
Baka-baka baru tersebut Insyaallah akan digandingkan dengan induk yang masih tinggal untuk generasi SS seterusnya.
Haa kalau nak makan kurma Mekah dan air zam zam bolehlah berkunjung sementara stok masih ada.Kalau nak tahu kurma dalam gambar ni namanya Kurma Ajwal atau lebih dikenali dengan panggilan kurma Nabi. Mengikut ceritanya asal usul kurma ni Rasulullah SAW yang tanam. Selain tu kurma ni istimewa kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ' Sesiapa yang makan 7 biji kurma Ajwal di waktu pagi nescaya tidak terkena kepadanya sihir dan perbuatan orang'. Kerana tu harganya boleh melambung hingga ratus ringgit /kg bagi kurma gred A. 

No comments:

Post a Comment