20 July 2013

Takziah

Assalamualaikum,
Rakan-rakan serama sekalian.
Kami di Kuala Terengganu dan Melaka amat dukacita atas kemalangan yang berlaku pada seorang daripada ahli serama kita (Serama Terengganu Kite).
Dikhabarkan Tuan Farid mengalami kemalangan semasa bertugas di Besut Terengganu 17 Julai baru ni ( Lihat BH 18 Julai ).
Beliau sekarang masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital USM Kubang Kerian.
Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh. Aminnn.

18 June 2013

MERAK HIJAU

Salam untuk semua peminat serama.
Lama jugak tak update blog, busy & lazy.

Baru merdeka voleyball MSSM kat Kuala Terengganu. Nak tengok ayam pun kadang2 tak sempat.
Ada kesempatan ni SS postkan anak2 merak dan hijau yang dah nak masuk remaja. Ni pun setelah adik bradiknya yang lain dipinang orang masa anak A lagi.
Yang tinggal kiranya barang 2nd klas je, tapi nampak mengancam plak bila dah masuk remaja.







 


Nak cerita panjang pun tak ada idea, lu pikirlah sendiri.

08 March 2013

Generasi merak


Merak oh merak, setelah sekian lama mencari ramuan yang sesuai, baru sekarang SS jumpa jawapannya. Hampir 90 % anak-anak yang keluar mewarisi patern bapanya. Yang pasti memang memuaskan hati walaupun terpaksa menunggu hampir setahun.
 Inilah antara generasi merak yang masih dalam simpanan SS, yang lain tak tau macam mana jadi. Kebanyakannya telah terjual dalam usia baby. Jual pulak melalui broker, ke mana pergi tak diberitahu.
 Induk yang keluar, kebanyakannya tip top, beberapa ekor induk sedang mengeram setelah dimasukkan dengan bapak sendiri. Hasilnya belum dapat dipastikan. Kita tunggu dan lihat saja, yang pasti setakat ni tak mengecewakan.
 Masalahnya sekarang SS tak pandai nak latih ayam untuk game. Di reban SS tak cukup masa nak main dengan ayam, maklum awal-awal penggal persekolahan ni pelbagai program sukan terpaksa dikendalikan. Selepas tamat merentas desa datang pulak olahraga dan akan disusuli dengan pertandingan permainan. Tak duduk diamlah jawabnya, almaklum s/u sukan.


12 September 2012

Tawaran Hari Malaysia

Salam kepada semua peminat serama.
         Sempena sambutan hari Malaysia, Hari Raya dan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55, SS bercadang nak lepaskan baka dan induk yang ada dengan tawaran istimewa. Siapa cepat dia dapat, harga masih boleh nego kalau cash & carry.
         Kos penghantaran pun kena kira jugak, tak mahal mana pun sekadar RM 50 je, nak bagi pemandu bas.

Dua ekor di bawah ni nak bagi RM 500/1 ekor




 Dua di bawah RM 400/1 ekor


Di bawah ni RM 200/ 1 ekor   

Di bawah ni RM 200 /1 ekor